Tuesday, November 24, 2009

Mengenai Kaedah Fonetik

Kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kajian telah menunjukkan bahawa otak manusia membaca dengan membunyikan bunyi huruf-huruf bukan membunyikan nama-nama huruf.

Tambahan pula, kaedah fonetik hanya mensyaratkan kanak-kanak mengenal dan mengingat hanya 25 huruf dan bunyinya sahaja. ini berbeza dengan kaedah suku kata atau mengeja yang mana kanak-kanak perlu mengenal nama huruf atau mengingat berpuluh-puluh pola suku kata yang sangat membebankan kanak-kanak. kaedah fonetik sebaliknya lebih mudah, cepat, lancar dan sejiwa dengan kanak-kanak seawal usia 3 tahun.


Buku Bacalah Anakku telah disusun berdasarkan kaedah fonetik. Pastikan anda :

  1. Memperkenalkan bunyi (fonik) huruf sahaja
  2. Tidak mengajar nama-nama huruf
  3. Tidak mengeja mana-mana suku kata, perkataan atau ayat
  4. membaca buku panduan sebelum mula mengajar membaca

Di dalam "Buku Panduan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku"... terkandung :
  • Panduan Am Mengajar
  • Kaedah Am Pengajaran
  • Beberapa Permainan dan Aktiviti
  • Aktiviti Bahasa
  • Beberapa Pandangan Mengenai Membaca
Kejayaan anak-anak kita membaca sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan kita dan kesediaan membaca anak-anak pada usia mereka masih kecil.

Kita harus sedar bahawa "Celik huruf bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak" yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru.

No comments:

Post a Comment